X
Menu
X

TANAH DAN TEBING RUNTUH: I-BANTU HULU SELANGOR ZIARAH MANGSA

TANAH DAN TEBING RUNTUH: I-BANTU HULU SELANGOR ZIARAH MANGSA

HULU SELANGOR – Ekoran peristiwa tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah dan tebing Sungai Rawang runtuh di Taman Bersatu, skuad i-Bantu daripada IKRAM Hulu Selangor telah menziarahi dan memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa di pusat kediaman sementara.

Pada Ahad lalu, mereka telah mengadakan sesi ziarah prihatin ke Sekolah Rendah Agama Serendah. iaitu pusat penempatan sementara bagi mangsa tanah runtuh dan menyumbangkan beberapa beg berisi makanan dan kit kebersihan.

  

 

Skuad i-Bantu Hulu Selangor di SRA Serendah

Turut hadir menyampaikan sumbangan tersebut adalah En Mohd Amran Sakir, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Pada Selasa pula, i-Bantu Hulu Selangor turut bersama menyertai rombongan MB Selangor, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ke tempat kejadian runtuhan tebing di Taman Bersatu dan melawat mangsa di pusat penempatan sementara di Dewan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Taman Jati, Rawang.

i-Bantu turut menyumbang wang tunai serta dua beg barangan asas kepada kelurga mangsa.
“Kejadian sebenar berlaku pada hari Jumaat, 25 November jam 4.30 petang, bukan pada hari Ahad 27 November,” demikian menurut mangsa kejadian, Pn Noriah.

  

MB Selangor dan i-Bantu Hulu Selangor di Dewan MPS, Taman Jati , Rawang

Dalam pada itu, 10 buah rumah dikhuatiri dalam bahaya dan penghuninya telah diarahkan berpindah, namun sehingga kini hanya lima keluarga sahaja yang ditempatkan di pusat tersebut.

Sementara itu, IKRAM Hulu Selangor akan berkolaborasi dengan Pusat Kesihatan Daerah Gombak untuk memberikan kaunseling atau memberikan beberapa pengisian juga aktiviti di pusat tersebut.

Selain itu, kerajaan Selangor akan menyediakan rumah penginapan secepat mungkin kerana dewan akan digunakan untuk persiapan majlis perkahwinan pada hari Sabtu ini.

Share
Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *