X
Menu
X

Pelancaran dan Sidang Media Rayuan Ramadhan 2018

Pelancaran dan Sidang Media Rayuan Ramadhan 2018

30743070_10155735329172730_2898373587813531648_o

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu) melancarkan program Rayuan Ramadhan IKRAM 2018 dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), IKRAM Musleh, IKRAM Health, Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) dan Hidayah Centre Foundation (HCF) pada 16 April 2018 lalu di Hotel WP berdekatan Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR).

Dengan tema “Bantuan untuk mereka yang lebih memerlukan”, Rayuan Ramadhan IKRAM bertujuan mengumpul dana untuk bantuan sedekah, fidyah, makanan, infrastruktur, pendidikan, Orang Kurang Upaya (OKU) dan kesihatan kepada yang lebih memerlukan di dalam dan luar negara. Pada tahun ini, I-Bantu mensasarkan kutipan sebanyak 1Juta ringgit untuk menyantuni lebih ramai golongan yang memerlukan.

Disamping itu, ia bertujuan menzahirkan rasa mahabbah dan keprihatinan khususnya kepada umat Islam yang lebih memerlukan.

“Ini julung-julung kalinya kami melaksanakan Majlis Sidang Media dan Pelancaran pada hari dan waktu yang sama program kami dijalankan. Ini kerana, kami ingin membawa para tetamu kehormat bersama meninjau keadaan miskin bandar dan gelandangan pada waktu malam di Kuala Lumpur”, kata Prof Madya Hj Ainullotfi selaku Pengerusi i-Bantu merangkap Pengarah program Rayuan Ramadhan 1439H.

30725051_10155735323882730_9110791649717387264_oSelesai sesi sidang media, tetamu kehormat dijemput ke tempat pelaksanaan aktiviti ‘Street Ngaji’ untuk bersama melihat keadaan miskin Bandar dan gelandangan di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur menyertai kelas pengajian Al-Quran kepada pelajar muslim dan pengetahuan asas kepada mereka yang belum Muslim.

StreetNgaji merupakan usaha bersama para sukarelawan dari Rose2Rose, i-Bantu dan dari pelbagai tempat untuk membantu dan kanak-kanak di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur dengan mengajar bacaan Iqra’ & Al-Quran kepada pelajar muslim dan pengetahuan asas kepada pelajar bukan Muslim seperti Matematik, Sains dan lain-lain.

Seramai 30 orang sukarelawan daripada rakan kerjasama Rayuan Ramadhan yang turun membantu mengajar miskin bandar dan gelandangan mambaca Iqra’ dan Al-Quran serta akademik pada malam itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Rayuan Ramadhan, sila layari laman sesawang www.ibantu.ikram.org.my atau Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui atas talian www.i-bantu.org.my/reg.

Share
Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *