X
Menu
X

Perasmian Surau Kampung Orang Asli Woh Intake, Tapah

Perasmian Surau Kampung Orang Asli Woh Intake, Tapah

woh intake

TAPAH – Majlis perasmian surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, Batu 8, Jalan Pahang, Tapah, Perak pada 31 Mac 2018 disempurnakan oleh Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya Hj. Ainullotfi Abdul Latif bersama rakan kerjasama daripada MyIKRAM Bikers (MIB), TM Bikers, IKRAM Kawasan Batu, IKRAM Kawasan Batang Padang, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita tidak boleh hanya sekadar “touch and go” tetapi dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita mestilah “touch, stay and grow”, kata Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya. Hj. Ainullotfi Abdul Latif.

Pembinaan surau ini merupakan hasil sumbangan dari orang ramai termasuk badan-badan korporat. Keseluruhan kos pembinaan surau ini adalah berjumlah RM95000 dan hasil kutipan daripada i-Bantu adalah sebanyak RM46505.50.

Surau ini dibina bertujuan untuk memudahkan penduduk Islam di Kampung Woh Intake menjalani ibadah solat berjamaah. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai pusat aktiviti keagamaan seperti kelas pengajian fardhu ain, aqidah dan Alquran. Surau juga dibina bertujuan sebagai pusat perjumpaan penduduk-penduduk Islam untuk mencambah benih-benih ukhuwwah sesama mereka di samping memantapkan akidah dan pemahaman tentang Islam. Dalam pada itu, surau ini juga dijadikan sebagai pusat persinggahan kepada penduduk-penduduk Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Pos Musoh untuk berteduh.

Untuk maklumat lanjut mengenai surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, sila layari laman Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Share
Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *