X
Menu
X

Aktiviti

Pelancaran Program Cermin Mata Percuma

IMG_3916

Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu) melancarkan Program Cermin Mata Percuma bagi pelajar sekolah yang memerlukan dan tidak mampu menampung kos mendapatkan cermin mata.

Sasaran awal bagi pelajar sekolah yang bakal menerima cermin mata ini ialah 200 orang pelajar di seluruh negara terutamanya di IKRAM kawasan.

Seramai 27 pelajar sekolah yang lebih memerlukan telah hadir bagi sesi penerimaan cermin mata percuma ini.

Program dilancarkan oleh Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif, Pengerusi Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu di Pejabat IKRAM Selangor, Shah Alam pada 21 Januari 2018.

cermin mata edited budak“Bantuan akan diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit”, Prof Madya Ainullotfi.

Program ini atas kerjasama Menara Optometry Sdn Bhd dan IKRAMHealth.

i-Bantu mengalu-alukan sumbangan masyarakat umum dalam Program Cermin Mata Percuma ini supaya ramai pelajar sekolah yang rabun dan lebih memerlukan dapat menerima bantuan cermin mata ini seterusnya meneruskan pembelajaran dengan lebih baik.

Sumbangan boleh dibuat di www.i-bantu.org.my/reg.

__

INSTAGRAM RASMI KHIDMAT MASYARAKAT IKRAM: i-BANTU
PENUTUPAN PUSAT OPERASI BANJIR IKRAM-IBantu (POBI) PAHANG 2018

PENUTUPAN PUSAT OPERASI BANJIR IKRAM-IBantu (POBI) PAHANG 2018

Alhamdulilah, pada hari Ahad 7 Januari 2018, jam 1500 semua Pusat Pemindahan Banjir di Pahang terutama di Kuantan dan Pekan telah ditutup. Mangsa-mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Sehubungan dengan itu, Pusat Operasi Banjir Ikram-IBantu Pahang (POBI) ditutup pada hari ini.

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (Negeri Pahang) melalui agensi khidmat masyarakatnya I-Bantu Pahang kepada semua pihak terlibat yang menyumbangkan tenaga, infak dan sumbangan berupa wang tunai, pek makanan,pek penjagaan kesihatan iaitu

🔰I-Bantu Malaysia (HQ)
🔰Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO)
🔰Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)
🔰I-Bantu Negeri Selangor
🔰Kuantan Prihatin
🔰MyCare Malaysia (HQ) dan
sukarelawan orang perseorangan

Sepanjang 5 hari Pusat Operasi Banjir IKRAM-IBantu Pahang (POBI) telah menghimpunkan kira-kira 150 orang sukarelawan yang telah berjaya menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir,menyampaikan sumbangan pek makanan, barangan kesihatan, mencuci dan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir,rumah anak yatim dan kemudahan awam sekitar daerah Kuantan.

Akhir sekali, juta terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat. Kami mendoakan semoga Allah s.w.t memberikan pahala dan merahmati semua pihak yang terlibat.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi

Pengerusi I-Bantu Pahang : Dr Mohd Nazli Bin Kamarulzaman (‭011-10716089‬)

“…dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” (Al-Baqarah: 195)

PENYELARAS POBI 2018

Sekilas situasi banjir di Pahang
I-BANTU PAHANG AKTIFKAN PUSAT OPERASI BANJIR

KUANTAN – Berikutan perkembangan situasi banjir dan jumlah mangsa yang semakin meningkat, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) IKRAM Pahang telah mengaktifkan pusat operasinya semalam.

Menurut Ketua Operasi i-Bantu Pahang, Dr. Mohd Nazli Kamarulzaman, hujan lebat berterusan sejak semalam telah meningkatkan aras air Sungai Lembing dan Kuantan serta menyebabkan berlakunya banjir dan beberapa kawasan lain turut berisiko dilanda banjir.

Pusat Operasi i-Bantu IKRAM Pahang bertempat di B76, Tingkat 1, Lorong IM 8/33, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota di sini.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila rujuk kepada wakil-wakil i-Bantu Pahang seperti berikut:

Ketua Operasi – Dr Nazli ‭(011-10716089)‬
Penyelaras Pusat Operasi – Haji Samsudin (‭019-9892180)‬
Mohd Najib (012-3530638)
Dr Fitri ‭(017-9569055)

Terdahulu, bantuan segera berupa makanan asas dan kelengkapan turut disampaikan Dr Nazli semalam kepada wakil pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kampung Padang dan SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS).

Selain itu, i-Bantu Pahang juga telah melancarkan Tabung Bencana Banjir Pahang 2018 untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu dari segi bantuan makanan, kelengkapan harian serta kos kerja-kerja pembersihan dan pencucian pasca banjir.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia (Bencana) 5560 1106 5042 dengan rujukan “Banjir Pahang 2018”. Bukti pembayaran boleh dimaklumkan kepada Bendahari IKRAM Pahang, Pn Nur Hafizah di talian 013-3920706.

Selain itu, mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan bantuan banjir di Pahang, bolehlah mendaftar ke pautan http://bit.ly/reg-ibantu2018 selewat-selewatnya pada Jumaat ini, jam 11.00 pagi untuk memudahkan urusan insurans keselamatan ketika menjalankan tugas.

[Infografik] Persediaan Sebelum Banjir

Monsun Timur Laut bakal hampiri. Negeri yang terlibat ialah Pantai Timur Terengganu, Kelantan dan Pahang serta Sabah dan Sarawak. Jangkaan hujan lebat beberapa akan berlaku.

Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia), Alui Bahari berkata ini menyebab banjir pada kawasan cenderung banjir dan kawasan rendah.

Sebarkan supaya sama-sama bersedia.

600 sukarelawan gerakkan bantuan banjir

PULAU PINANG – Seramai 600 orang sukarelawan daripada Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu bersama beberapa buah NGO termasuk IPT sedang membantu dan menyantuni mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Seramai 600 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia dan sekarang ini sedang bergerak ke kawasan yang telah kita tumpukan iaitu di sekitar Seberang Perai Utara,” jelas Pengarah Operasi Bantuan Banjir i-Bantu Pulau Pinang, Encik Hamizat Ahmad semalam.

i-Bantu lancarkan Pek Ibadah untuk mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu hari ini melancarkan Rayuan Pek Ibadah Mangsa Banjir Utara Semenanjung Malaysia.

“Pek ini mengandungi telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala dengan kos penajaan adalah RM50 per set,” kata Pengarah Disaster and Emergency Response Unit (DERU) i-Bantu, Tuan Haji Mahmud Ibrahim.

i-Bantu mensasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM50,000 atau 1,000 pek ibadah untuk mangsa banjir.

Hasil tinjauan wakil i-Bantu di Penang berkenaan dengan banjir, walaupun hujan telah berhenti 3 hari lepas, masih terdapat beberapa kawasan yang banjir dan berkemungkinan besar surut sepenuhnya dalam masa seminggu.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (Maybank 5621 4240 5154), akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA – KHIDMAT MASYARAKAT (Bank Islam 1211 30100 499 59) atau melalui atas talian di pautan www.i-bantu.org.my/reg/.

Sila sertakan bukti bayaran ke e-mel [email protected] atau WhatsApp/Telegram: +6017 276 6384 / +6011 6050 1137.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini, layari facebook Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu, laman web  http://ibantu.ikram.org.my atau menghubungi Sekretariat i-Bantu IKRAM di talian +603 4101 2080.

Serahan Al Quran Braille kepada OKU cacat Penglihatan

22520083_168200067094975_4606311583932901196_o

KOTA KINABALU – Penyerahan Al Quran Braille dari PERTIS kepada tenaga pengajar di Masjid Bandar Raya Kota Kinabalu, Sabah untuk kelas pembelajaran Al Quran OKU Cacat Penglihatan.

Dalam satu perjumpaan tersebut yang dihadiri oleh PERTIS (Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia), wakil IKRAM Sabah dan pihak masjid berkenaan.

Perjumpaan telah membincangkan gerak kerja kelas pembelajaran Al Quran Braille untuk OKU cacat penglihatan sekaligus serahan simbolik Al Quran.

Terdahulu, Khidmat Masyarakat IKRAM: I-Bantu dengan kerjasama Rumah Ngaji IKRAM Batu telah mengumpulkan dana untuk pengurusan dan pembelajaran AL Quran Braille sebanyak RM15,987.15 hasil sumbangan dari masyarakat.

Pengeluaran Al Quran bercetak braille khas untuk kegunaan OKU cacat penglihatan ditaja sepenuhnya oleh Islamic Relief Malaysia.

RAYUAN RAMADHAN IKRAM SASAR TAJAAN IFTAR RM1 JUTA UNTUK 60,000 PENERIMA

SERI KEMBANGAN – Memasuki tahun ke-18 penganjuran, program tajaan iftar Rayuan Ramadhan 1437H mensasarkan sumbangan berjumlah RM1 juta dengan anggaran ia dapat memanfaatkan 60,000 orang penerima.

“Mereka ini memerlukan bantuan kita semua, jadi saya menyeru dan berharap agar rakyat Malaysia untuk sama-sama menjayakan program bantuan ini seterusnya bagi mencapai objektif sasaran kutipan RM1 juta,” rayu Profesor Madya Ainullotfi Abdul Latif, Pengarah Rayuan Ramadhan 2016/1437H.

Program anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melalui agensi khidmat masyarakatnya, i-Bantu bertujuan untuk mengumpul dana bagi menaja program berbuka puasa untuk umat Islam yang lebih memerlukan di 15 negara.

Negara-negara tersebut ialah Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Pakistan, Nepal, Afghanistan, Palestin, Lubnan, Syria, Iraq, Yaman, Sudan dan Malaysia.

“Bantuan akan diberi kepada mereka yang memerlukan iaitu anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin, orang kurang upaya, muallaf dan saudara baru. Tidak dilupa juga mereka yang terkesan dengan konflik dan peperangan, ditimpa bencana dan pelajar miskin,” jelas beliau.

Beliau dalam sidang media yang diadakan pada Jumaat berkata, program ini memerlukan sokongan daripada semua pihak, individu, masyarakat umum dan juga sektor korporat di seluruh pelosok tanah air agar ia dapat direalisasikan seterusnya mencapai objektifnya.

“Pihak kami juga turut menyediakan tabung yang akan diedarkan di sekolah-sekolah bagi mendidik masyarakat khususnya kanak-kanak dan pelajar-pelajar untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman mengenai nasib juga masalah saudara-saudara seumat kita yang lebih memerlukan di seluruh dunia agar lebih terbela,” jelasnya.

Jelas beliau lagi, program Rayuan Ramadhan ini juga berkerjasama dengan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Hidayah Centre Foundation (HCF).

“Agihan sumbangan dalam negara akan diuruskan sendiri oleh i-Bantu IKRAM iaitu melalui IKRAM Negeri atau Daerah dan Hidayah Centre Foundation manakala bagi pengagihan sumbangan luar negara ia akan diuruskan oleh MyCARE (Palestin, Syria dan Iraq).

“Kami juga akan dibantu oleh rakan-rakan NGO pelaksana luar negara yang akan menguruskan pengagihan di luar negara antaranya Action Caring Team (Filipina), Mustaqbal Organization for Youth Welfare and Training dan beberapa NGO lain,” kata Ainullotfi.

Turut hadir dalam sidang media Hj Nordin Shafie, Ketua Pegawai Operasi Ibu Pejabat IKRAM, wakil MyCARE, Abdul Hafidz Hashim dan wakil HCF, Ibrahim Aizuddin serta beberapa orang sekretariat Rayuan Ramadhan dan wartawan.

Mereka yang ingin menyumbang sambil beramal boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan IKRAM Malaysia melalui akaun Maybank bernombor 5621 4240 5154 atau Bank Islam Malaysia Berhad 12113 01004 9959.

Laporan program yang lalu dan brosur boleh dilihat di laman sesawang www.ramadhan-qurban.org manakala sebarang pertanyaan untuk maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-41012080 atau 017-2766384.

Pada tahun lalu (2015), program Rayuan Ramadhan telah berjaya mengumpul sumbangan untuk