X
Menu
X

Berita

Majlis Serahan Cermin Mata Percuma

30411818_1732330663480190_6316202510637858816_o

KLANG – Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (I-bantu) dengan rakan kerjasama daripada PERKIS (Persatuan Kebajikan Islam) Hasil Dalam Negeri Kuala Lumpur dan Menara Optometri melaksanakan Majlis Penyerahan Cermin Mata Percuma di Pusat Komuniti IKRAM Klang pada 7 April 2018 lalu.

“Kami tidak mahu pelajar sekolah ini tidak minat meneruskan belajar kerana hal teknikal yang boleh diselesaikan”, kata Timbalan Pengerusi i-Bantu, Hj. Mahmud Ibrahim.

Projek Cermin Mata Percuma ini bertujuan membantu pelajar sekolah yang rabun dan tidak mampu memperoleh cermin mata untuk memperkembangkan pembelajaran mereka.

Dengan tema “Ke Arah Kesejahteraan Pembelajaran Melalui Penglihatan Optima”, seramai 22 orang pelajar sekolah yang menghadapi masalah rabun berumur dalam lingkungan 7 tahun sehingga 17 tahun menerima cermin mata percuma.

Tidak terhad kepada Muslim yang menerima bantuan ini, bukan Muslim juga menerima cermin mata percuma ini, diantaranya ialah adik Chia Wei Qi berumur 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Bukit Kuda dan adik Saminee a/p Nagandaran berumur 14 tahun juga dari Sekolah Menengah Kebangsaaan Bukit Kuda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek Cermin Mata Percuma, sila layari laman sesawang www.ibantu.ikram.org.my atau Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Perasmian Surau Kampung Orang Asli Woh Intake, Tapah

woh intake

TAPAH – Majlis perasmian surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, Batu 8, Jalan Pahang, Tapah, Perak pada 31 Mac 2018 disempurnakan oleh Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya Hj. Ainullotfi Abdul Latif bersama rakan kerjasama daripada MyIKRAM Bikers (MIB), TM Bikers, IKRAM Kawasan Batu, IKRAM Kawasan Batang Padang, Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita tidak boleh hanya sekadar “touch and go” tetapi dalam berkhidmat untuk masyarakat ini kita mestilah “touch, stay and grow”, kata Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya. Hj. Ainullotfi Abdul Latif.

Pembinaan surau ini merupakan hasil sumbangan dari orang ramai termasuk badan-badan korporat. Keseluruhan kos pembinaan surau ini adalah berjumlah RM95000 dan hasil kutipan daripada i-Bantu adalah sebanyak RM46505.50.

Surau ini dibina bertujuan untuk memudahkan penduduk Islam di Kampung Woh Intake menjalani ibadah solat berjamaah. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai pusat aktiviti keagamaan seperti kelas pengajian fardhu ain, aqidah dan Alquran. Surau juga dibina bertujuan sebagai pusat perjumpaan penduduk-penduduk Islam untuk mencambah benih-benih ukhuwwah sesama mereka di samping memantapkan akidah dan pemahaman tentang Islam. Dalam pada itu, surau ini juga dijadikan sebagai pusat persinggahan kepada penduduk-penduduk Kampung Lubuk Gaharu dan Kampung Pos Musoh untuk berteduh.

Untuk maklumat lanjut mengenai surau Baitul Rahmah di Kampung Orang Asli Woh Intake, sila layari laman Facebook iBantu.IKRAM.Prihatin.

Sukarelawan diperlukan

Assalamualaikum w.b.t 😊

Semoga berada dalam keredhaan Allah (Allahumma ameen)

Sukacita dimaklumkan Jawatankuasa Pelaksana Rayuan Ramadhan (RR) IKRAM 2018 mencari calon-calon yang berminat menjadi sukarelawan RR:-

Terbuka kepada :
a) mahasiswa yang sedang bercuti semester
b) mahasiswa yang baru graduate
c) individu yang sedang mencari pekerjaan
d) semua warga Malaysia

Hari bekerja :
-5 hari seminggu (9:00 pagi – 5:30 petang)
-Sabtu dan Ahad (lebih masa- bergantung pada keperluan dan kebenaran Pengurus Operasi)

Tempat bekerja :
Pejabat i-Bantu IKRAM Taman Melawati, Kuala Lumpur

Diperlukan:
1 perempuan
3 lelaki

Tugasan:
1. Menjalankan kerja2 pentadbiran dan kewangan
2. Menjalankan kerja2 pemasaran dan pengiklanan
3. Menjalankan kerja2 pengedaran bahan promosi Rayuan Ramadhan
4. Menjalankan kerja2 atas arahan pihak pengurusan

Berminat untuk bersama kami menggerakkan program Rayuan Ramadhan?

Hubungi :
HAZMI
-Telefon: +6011 6050 1137
-WhatsApp: http://ibantu.wasap.my @ http://ibantu2.wasap.my
-Pejabat: 03 4101 2080
-Emel: [email protected]

Terima kasih di atas perhatian.

Sekian, wassalam

Pelancaran Program Cermin Mata Percuma

IMG_3916

Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM (i-Bantu) melancarkan Program Cermin Mata Percuma bagi pelajar sekolah yang memerlukan dan tidak mampu menampung kos mendapatkan cermin mata.

Sasaran awal bagi pelajar sekolah yang bakal menerima cermin mata ini ialah 200 orang pelajar di seluruh negara terutamanya di IKRAM kawasan.

Seramai 27 pelajar sekolah yang lebih memerlukan telah hadir bagi sesi penerimaan cermin mata percuma ini.

Program dilancarkan oleh Prof Madya Ainullotfi Abdul Latif, Pengerusi Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu di Pejabat IKRAM Selangor, Shah Alam pada 21 Januari 2018.

cermin mata edited budak“Bantuan akan diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit”, Prof Madya Ainullotfi.

Program ini atas kerjasama Menara Optometry Sdn Bhd dan IKRAMHealth.

i-Bantu mengalu-alukan sumbangan masyarakat umum dalam Program Cermin Mata Percuma ini supaya ramai pelajar sekolah yang rabun dan lebih memerlukan dapat menerima bantuan cermin mata ini seterusnya meneruskan pembelajaran dengan lebih baik.

Sumbangan boleh dibuat di www.i-bantu.org.my/reg.

__

PENUTUPAN PUSAT OPERASI BANJIR IKRAM-IBantu (POBI) PAHANG 2018

PENUTUPAN PUSAT OPERASI BANJIR IKRAM-IBantu (POBI) PAHANG 2018

Alhamdulilah, pada hari Ahad 7 Januari 2018, jam 1500 semua Pusat Pemindahan Banjir di Pahang terutama di Kuantan dan Pekan telah ditutup. Mangsa-mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. Sehubungan dengan itu, Pusat Operasi Banjir Ikram-IBantu Pahang (POBI) ditutup pada hari ini.

Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia (Negeri Pahang) melalui agensi khidmat masyarakatnya I-Bantu Pahang kepada semua pihak terlibat yang menyumbangkan tenaga, infak dan sumbangan berupa wang tunai, pek makanan,pek penjagaan kesihatan iaitu

🔰I-Bantu Malaysia (HQ)
🔰Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO)
🔰Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM)
🔰I-Bantu Negeri Selangor
🔰Kuantan Prihatin
🔰MyCare Malaysia (HQ) dan
sukarelawan orang perseorangan

Sepanjang 5 hari Pusat Operasi Banjir IKRAM-IBantu Pahang (POBI) telah menghimpunkan kira-kira 150 orang sukarelawan yang telah berjaya menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir,menyampaikan sumbangan pek makanan, barangan kesihatan, mencuci dan membersihkan rumah-rumah mangsa banjir,rumah anak yatim dan kemudahan awam sekitar daerah Kuantan.

Akhir sekali, juta terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat. Kami mendoakan semoga Allah s.w.t memberikan pahala dan merahmati semua pihak yang terlibat.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi

Pengerusi I-Bantu Pahang : Dr Mohd Nazli Bin Kamarulzaman (‭011-10716089‬)

“…dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik” (Al-Baqarah: 195)

PENYELARAS POBI 2018

I-BANTU PAHANG AKTIFKAN PUSAT OPERASI BANJIR

KUANTAN – Berikutan perkembangan situasi banjir dan jumlah mangsa yang semakin meningkat, Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) IKRAM Pahang telah mengaktifkan pusat operasinya semalam.

Menurut Ketua Operasi i-Bantu Pahang, Dr. Mohd Nazli Kamarulzaman, hujan lebat berterusan sejak semalam telah meningkatkan aras air Sungai Lembing dan Kuantan serta menyebabkan berlakunya banjir dan beberapa kawasan lain turut berisiko dilanda banjir.

Pusat Operasi i-Bantu IKRAM Pahang bertempat di B76, Tingkat 1, Lorong IM 8/33, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota di sini.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila rujuk kepada wakil-wakil i-Bantu Pahang seperti berikut:

Ketua Operasi – Dr Nazli ‭(011-10716089)‬
Penyelaras Pusat Operasi – Haji Samsudin (‭019-9892180)‬
Mohd Najib (012-3530638)
Dr Fitri ‭(017-9569055)

Terdahulu, bantuan segera berupa makanan asas dan kelengkapan turut disampaikan Dr Nazli semalam kepada wakil pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kampung Padang dan SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS).

Selain itu, i-Bantu Pahang juga telah melancarkan Tabung Bencana Banjir Pahang 2018 untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu dari segi bantuan makanan, kelengkapan harian serta kos kerja-kerja pembersihan dan pencucian pasca banjir.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia (Bencana) 5560 1106 5042 dengan rujukan “Banjir Pahang 2018”. Bukti pembayaran boleh dimaklumkan kepada Bendahari IKRAM Pahang, Pn Nur Hafizah di talian 013-3920706.

Selain itu, mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan bantuan banjir di Pahang, bolehlah mendaftar ke pautan http://bit.ly/reg-ibantu2018 selewat-selewatnya pada Jumaat ini, jam 11.00 pagi untuk memudahkan urusan insurans keselamatan ketika menjalankan tugas.

TABUNG BANTUAN BANJIR i-Bantu ☔

Banjir UMUM 27-11 (4)🌧 TABUNG BANTUAN BANJIR i-Bantu ☔

💦 Bencana banjir mula melanda Kelantan, Terengganu dan Perlis. Hingga pagi 29 November, bilangan mangsa banjir yang dipindahkan sudah mencecah 10,000 orang.
( Sumber: http://infobanjir.jkm.gov.my/index.php )

💵 Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu merayu orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui:

👉 Akaun PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA – Maybank (5621 4240 5154) / Bank Islam (1211 30100 499 59) atau

👉 Derma online di pautan http://bit.ly/onlineibantu

📌 Sila sertakan bukti/slip pembayaran ke:
📩 [email protected]

WhatsApp:
https://www.wasap.my/+60172766384
https://www.wasap.my/+601160501137

👨‍👩‍👧‍👧 Lebih banyak sumbangan, lebih ramai mangsa dapat dibantu insya-Allah.

✏ “…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa…” (al-Maaidah: 2)

#bantuanbanjir #ibantu #ikramprihatin

Banjir dibeberapa kawasan di Kedah.

6 Pusat pemindahan dibuka, seramai 249 keluarga terjejas. Jumlah mangsa banjir meningkat ke 927 daripada 718 malam tadi.

Banjir belum surut sejak 2 hari (15 Nov) yang lalu. Menurut MET Malaysia, dijangka hujan lebat turun lagi di Kedah hari ini.


Sama-sama kita doakan semua pulih seperti sediakala untuk mangsa banjir. Amin.

Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
___

Untuk sumbangan kepada mangsa banjir, klik:
https://www.i-bantu.org.my/reg/

[Infografik] Persediaan Sebelum Banjir

Monsun Timur Laut bakal hampiri. Negeri yang terlibat ialah Pantai Timur Terengganu, Kelantan dan Pahang serta Sabah dan Sarawak. Jangkaan hujan lebat beberapa akan berlaku.

Ketua Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia), Alui Bahari berkata ini menyebab banjir pada kawasan cenderung banjir dan kawasan rendah.

Sebarkan supaya sama-sama bersedia.

600 sukarelawan gerakkan bantuan banjir

PULAU PINANG – Seramai 600 orang sukarelawan daripada Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu bersama beberapa buah NGO termasuk IPT sedang membantu dan menyantuni mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Seramai 600 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia dan sekarang ini sedang bergerak ke kawasan yang telah kita tumpukan iaitu di sekitar Seberang Perai Utara,” jelas Pengarah Operasi Bantuan Banjir i-Bantu Pulau Pinang, Encik Hamizat Ahmad semalam.