X
Menu
X

Tentang Kami

 

i-Bantu IKRAM

i-Bantu IKRAM adalah institusi yang memayungi usaha-usaha Khidmat Masyarakat di dalam negara yang dilaksanakan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

 

Misi i-Bantu 

  • Menzahirkan keprihatinan kepada ummah dan masyarakat yang memerlukan dalam membina kehidupan yang sejahtera
  • Menggemblengkan sumber dan kepakaran dalam menjayakan program khidmat masyarakat kepada ummah dan masyarakat yang memerlukan
  • Menyusun gerak kerja khidmat masyarakat dengan lebih efektif, efisien dan berintegriti

Visi i-Bantu

IKRAM menerajui usaha-usaha keprihatinan ummah dan masyarakat dan menjadi NGO ulung memberikan khidmat masyarakat kepada mereka yang memerlukan.

Skop i-Bantu

  • Menyantuni golongan miskin dan memerlukan secara berterusan
  • Memberi bantuan ketika bencana seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh
  • Menzahirkan keprihatinan kepada Orang Kepelbagaian Upaya (OKU)
  • Memberi sokongan kepada wanita, remaja dan keluarga
  • Mempergiatkan kempen bebas asap rokok dan vape
  • Menyantuni warga penjara dan hospital
Skop i-Bantu

Ahli Jawatankuasa

i-Bantu IKRAM
Pengerusi: Prof. Madya Haji Ainullotfi Abdul Latif
Timbalan Pengerusi / Ketua Unit Disaster Emergency Response Unit (DERU): Haji Mahmud Ibrahim

Ketua Unit Gelandangan: Haji Madhadzir Hassan
Ketua Unit Orang Kurang Upaya: Dr Wan Najwa Wan Mohd Zohdi
Ketua Unit Bebas Rokok dan Vape: Dr Mohd Afiq


Pusat Sokongan Wanita dan Keluarga – PAKSI IKRAM: Hajjah Faridah Maludin
IKRAM Health: Dr Oteh Maskon
Raudhatus Sakinah: Hajjah Rosmawati Zainal


Eksekutif Kanan: Saudari Junainah Tolani
Eksekutif: Saudari Raja Noorliyana Raja Almanan
Eksekutif: Saudara Muhammad Hazmi Zawawi

Ahli Jawatankuasa